• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Ingatkan Tun M Pakatan Perjuang Reformasi!

oleh
15/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menyertai Pakatan Harapan.

Beliau yang juga isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara kerana meliwat lelaki lain bagaimanapun mengingatkan Mahathir bahawa Pakatan Harapan yang turut dibarisi DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) memperjuangkan agenda reformasi yang diperkenalkan suaminya.

“Kesatuan politik Pakatan Harapan ini dibina atas semangat perjuangan reformasi. Perjuangan reformasi demi menyelamatkan Malaysia adalah perjuangan Pakatan Harapan.

“Nilai-nilai permuafakatan adalah nilai yang diangkat dan dipegang teguh oleh Pakatan Harapan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahathir semalam memaklumkan PPBM akan menyertai Pakatan Harapan dan beliau memberitahu akan membuat beberapa pembaharuan ke atas Pakatan Harapan.

Pengumuman Mahathir itu disambut baik oleh pemimpin Pakatan Harapan Pro-Mahathir seperti Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Wan Azizah dalam pada itu mengingatkan semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Harapan bahawa kemampuan pakatan pembangkang menyaingi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum sebelum ini kerana kepimpinan suaminya.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan berbincang dengan pimpinan parti-parti Pakatan Harapan mengenai hasrat Mahathir tersebut dan akan menjemput pimpinan utama PPBM untuk membincangkan perkara itu.

“Saya percaya dengan penyertaan PPBM ke dalam Pakatan Harapan akan memperkukuh kesatuan politik (pembangkang) sedia ada. Ini amat penting demi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang,” katanya.

Mahathir keluar daripada UMNO dua tahun lalu dan menubuhkan PPBM kerana berdendam dengan kerajaan Persekutuan yang enggan memenuhi beberapa kepentingan peribadinya dalam urusan perniagaan dan politik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapanPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd