• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Sah Identiti Kim Jong-nam Menerusi DNA Anaknya

oleh
15/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Akhirnya identiti Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dikenal pasti menerusi sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada anak mendiang itu sendiri.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali gus mengesahkan kenyataan awal Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di ibu negara pada Jumaat lalu.

Lebih penting, proses untuk mengenal pasti mayat Jon-nam, 46; yang turut mempunyai identiti lain iaitu Kim Chol berdasarkan nama dalam pasport ditemui itu, malah telah mengikut setiap prosedur forensik dan keperluan DNA.

“Saya sekali lagi mengesahkan bahawa mayat itu ialah mayat Kim Jong-nam,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menolak dakwaan Wakil Tetap Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Kim In-ryong di New York pada Isnin yang menafikan bahawa individu yang dibunuh di Malaysia ialah Jong-nam.

Terdahulu beliau merasmikan perkhidmatan KUL VIP Access Malaysia Airports Holding Berhad dan memorandum persefahaman dengan firma Cybersecurity. Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

TPM Sah Identiti Kim Jong-nam Menerusi DNA Anaknya
Kim Han-sol

“Kita tahu Ketua Polis Negara sudah pun mengesahkan itu mayat Kim Jong-nam dan sampel diperoleh daripada anak mendiang,” kata Ahmad Zahid yang mengulas kes pembunuhan berlaku di KLIA2 pada 13 Februari lalu.

Menurut beliau, buat ketika ini, perbincangan peringkat ketua setiausaha antara kerajaan Malaysia dengan Korea Utara sedang berjalan sejak Isnin lalu bagi menguruskan secara diplomatik kes jenayah berprofil tinggi tersebut.

Kata Ahmad Zahid lagi, pihak kerajaan juga memberi perhatian amat serius terhadap keselamatan sembilan rakyat Malaysia termasuk petugas kedutaan yang masih lagi terkandas di ibu kota Korea Utara sejak awal bulan ini.

Sebelum itu, Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang kemudian diusir, turut menegaskan kononnya mangsa sebagai Kim Chol, bukan Jong-nam selain mendesak Malaysia agar segera menyerahkan mayat tersebut.

Terdahulu media melaporkan kemungkinan pihak berkuasa Malaysia memperoleh bukti identiti Jong-nam yang berdasarkan rekod cap jari mangsa ketika pernah melawat pelbagai negara antaranya China, Jepun dan Singapura.

Ini kerana Kim Han-sol, 21, tinggal dengan ibu dan beberapa ahli keluarga mendiang Jong-nam di Macau, China serta terpaksa menangguhkan pengajian di Britain ekoran pembunuhan bapanya itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kim Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd