• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ladang Ayam Di Selangor Curi Bekalan Air Bersih

oleh Ahmad Albab
15/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Suruhanjaya (SPAN) menyerbu sebuah ladang ternakan ayam di Jeram, Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan ‘mencuri air’.

SPAN dalam satu kenyataan media berkata, ladang ternakan ayam di Selangor itu dipercayai membuat sambungan bekalan air secara haram untuk digunakan dalam operasi perniagaan ladang ternakan berkenaan.

“Ladang ternakan ayam di Jeram, Selangor ini melakukan satu sambungan yang disyaki tidak sah, secara ‘tee off’ sebelum meter air dengan menggunakan paip jenis HDPE berukuran 32 milimeter,” jelas kenyataan itu hari ini.

Menurut SPAN, siasatan SPAN mendapati ladang itu menggunakan akaun bekalan air yang sah berdaftar atas nama Kwan Soo @ Kuan Wah Seong tetapi bekalan itu hanya untuk kegunaan rumah pekerja.

Kata kenyataan itu, sambungan bekalan air yang dilakukan secara tidak sah di ladang ternakan ayam berkenaan digunakan untuk menampung kegunaan operasi harian ladang tersebut.

Tambah kenyataan itu, ujian klorin yang dijalankan di ladang tersebut juga mengesahkan bekalan air yang disalurkan ke dalam premis tersebut merupakan air terawat.

Jelas kenyataan itu, penyambungan bekalan air secara tidak sah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh SPAN.

“Jika disabitkan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

“Operasi penguatkuasaan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran awam tentang kesalahan mencuri air sebagai salah satu usaha bagi mencegah kegiatan tidak bertanggungjawab ini.

“SPAN memohon kerjasama orang awam untuk melaporkan kes-kes yang disyaki melakukan kecurian kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan SPAN di talian 03 – 8317 9333 atau e-mel kepada [email protected],” kata SPAN. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ayambekalan airselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

Sultan Selangor ‘Says No’ Penternakan Babi Di Selangor ‘So NO lah! – Azhar Sulaiman

Sultan Selangor ‘Says No’ Penternakan Babi Di Selangor ‘So NO lah! – Azhar Sulaiman

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Selebriti tanah air, Azhar Sulaiman menyeru anggota masyarakat mempertahankan institusi raja daripada cuba diperlekehkan. Tegas beliau, Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd