• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buku Laporan Siasatan PATI Di Sabah Boleh Dibeli Esok

oleh AK-47
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Buku Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah akan dijual kepada orang ramai bermula esok pada pukul 9 pagi hingga 4 petang selagi stok masih ada.

Laporan berkenaan boleh dibeli dalam versi Bahasa Melayu dan Inggeris dengan harga RM100 senaskhah.

Ia boleh dibeli di Pejabat Setiausaha Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu dan Pusat Sehenti Kementerian Dalam Negeri (Blok D1, Kompleks D)  di Putrajaya.

Hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa membentangkan laporan berkenaan kepada umum.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam lawatannya ke Sabah pada bulan lalu bahawa laporan RCI akan dijual kepada umum pada awal Disember.

Najib berkata panel khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan mengkaji cadangan-cadangan dalam laporan RCI itu.

Beliau berkata kerajaan bersetuju untuk menubuhkan RCI kerana mendapat persetujuan mengalakkan di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap langkah susulan bagi menangani masalah tersebut.

Panel lima anggota dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong menghantar laporan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong dan Najib pada Januari lalu.

RCI yang ditubuhkan pada 2012 ditugaskan untuk menyiasat kebanjiran pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah. - MYNEWSHUB.CC

 

Tags: PatiSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd