• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Bola Pembunuh Kejam Kembali Main Bola

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN bola sepak Brazil yang telah dipenjarakan kerana mengarahkan pembunuhan teman wanitanya dan kemudian mayat wanita itu dipotong dan beri anjing makan, telah menandatangani kontrak dengan kelab baru sebaik sahaja dibebaskan dari penjara.

Bruno Fernandes de Souza, yang merupakan penjaga gol dan dikenali sebagai Bruno di Brazil, telah dihukum penjara selama 22 tahun susulan pembunuhan pada 2010 itu namun dia dibebaskan selepas hanya menjalani hukuman berkenaan selama tujuh tahun.

Dia didakwa membunuh bekas kekasihnya, Eliza Samudio dan mereka mempunyai seorang anak lelaki. Bruno membunuh Eliza kerana enggan membayar wang nafkah kepada anaknya dan dia juga menafikan kanak-kanak berkenaan adalah anaknya.

Bagaimanapun ujian DNA mendapati kanak-kanak itu adalah anak kandung Bruno dan dia kini dipelihara oleh neneknya iaitu ibu Eliza.

Bruno telah menandatangani kontrak dengan kelab Boa Esporte selama dua tahun, namun keputusan itu telah mencetuskan kemarahan penduduk di Brazil.

Kemarahan berkenaan juga mengakibatkan penaja utama kelab Boa Esporte iaitu Nutrends Nutrition, mengisytiharkan untuk menamatkan perjanjian penajaan.

Bukan itu sahaja, peminat juga telah menandatangani petisyen untuk menyatakan bahawa mereka kini tidak akan lagi menyokong kelab terbabit.

Mereka berpendapat dengan kembalinya lelaki kejam itu ke arena bola sepak maka ia merupakan satu contoh yang tidak baik terutama dalam isu keganasan terhadap wanita.

Bruno dijangka memulakan latihan dengan kelab barunya hari ini dan dijangka turun bermain dalam perlawanan yang bakal diadakan dalam masa dua bulan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes bunuhpemain bola sepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd