• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Cari 8 Angkasawan Misi Ke Bulan Pada 2031

oleh
15/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Agensi angkasa Rusia pada Selasa mengumumkan proses pencarian cosmonaut atau angkasawan muda yang akan menyertai projek manusia pertama negara itu mendarat di Bulan.

Menerusi perekrutan sulung dalam lima tahun terakhir ini, Roscosmos menyatakan pihaknya mencari enam hingga lapan angkasawan yang akan mengoperasikan sebuah pesawat angkasa generasi baharu yang tengah dibangunkan.

Menurut agensi berita AFP, Rusia kini cuba mengulangi semula era kegemilangan Kesatuan Soviet dalam teknologi angkasa lepas dan telah mengumumkan hasrat untuk mendaratkan sekumpulan manusia di Bulan pada 2031.

“Tiada diskriminasi sama ada berdasarkan jantina atau warna kulit dalam proses pemilihan calon ini,” kata pengarah eksekutif misi angkasa dengan kawalan manusia, Sergei Krikalyov pada sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu, timbalan pengarah Roscosmos, Alexander Ivanov yang dipetik oleh agensi berita tempatan RIA Novosti berkata, meskipun tiada publisiti, pihaknya sudah pun menerima surat permohonan sejak empat bulan lalu.

Beliau menambah, setiap calon angkasawan baharu ini nantinya bakal mengendalikan pesawat angkasa generasi baharu iaitu Federatsiya dan berpeluang mengurus perjalanan program pendaratan manusia di permukaan Bulan.

Kapal itu dirancang untuk mampu terbang ke Bulan dengan membawa empat orang angkasawan dan percubaan pertama bakal dilaksanakan pada 2023 dari kosmodrom atau pusat pelancaran Vostochny di timur jauh Rusia.

Federatsiya

Antara kriteria utama untuk perekrutan angkasawan baharu ini adalah calon terbabit mesti berusia bawah 35 tahun, tinggi tubuh badan antara 150 hingga 190 sentimeter dan berat jisim maksimum pula ialah 90 kilogram.

Pengetahuan teknologi maklumat dan kemampuan berbahasa asing juga menjadi syarat termasuk memiliki ijazah kejuruteraan, pernah menjalani latihan juruterbang dan berpengalaman dalam industri penerbangan atau angkasa.

Keadaan kesihatan juga harus mantap sehingga mereka harus menjalani ujian merentas desa berski sejauh lima kilometer selain melalui beberapa pemeriksaan fizikal dan psikologi, serta kesihatan rahim bagi calon wanita.

Ketika ini Rusia memiliki 30 angkasawan dan 14 orang daripada mereka sudah pernah bertugas ke angkasa. Paling tua berusia 58 tahun iaitu Gennady Padalka yang juga memegang rekod dunia untuk paling lama tinggal di angkasa.

Manakala termuda ialah Ivan Vagner berusia 31 tahun. Malaysia pernah menyertai program angakasawan Rusia pada 2006 dengan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha muncul angkasawan pertama.

Sementara Mejar Dr. Faiz Khaleed menjadi angkasawan simpanan. Turut pernah serta dalam program itu ialah angkasawan Syria, Mohammed Faris dan Abdul Ahad Mohamad dari Afghanistan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: angkasawanRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd