• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM48.6 Bilion Pinjaman PTPTN Diagih Sejak 1997

oleh Ahmad Albab
15/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 2,643,734 peminjam telah menerima pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan nilai RM48.6 bilion sejak institusi itu ditubuhkan pada 1997 sehingga tahun lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata seramai 41,706 peminjam dengan nilai RM1,234.66 juta telah mendapat manfaat pelepasan pengecualian bayaran balik sejak kaedah itu dilaksanakan pada 2003.

“Oleh itu, kementerian buat masa ini belum bercadang memperluaskan skop pengecualian bayaran balik PTPTN terutamanya kepada pelajar yang sekadar memperoleh ijazah kelas kedua tertinggi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mencadangkan supaya menyemak semula dasar pinjaman PTPTN yang turut diberikan kepada anak orang kaya dan menukar pinjaman kepada biasiswa bagi pelajar cemerlang.

Mary Yap berkata setakat ini tiada kajian khusus bagi mengenal pasti faktor sebenar yang menyebabkan kelewatan atau kegagalan peminjam melunaskan pinjaman PTPTN.

Namun, katanya, maklum balas yang diterima mendapati antara faktor peminjam gagal melunaskan pinjaman ialah mereka belum mendapat pekerjaan dan telah bekerja tapi pendapatan tidak setimpal dengan kelulusan.

“Selain itu, sebahagian peminjam telah bekerja dan memperoleh gaji mencukupi tapi sikap tidak mahu membuat bayaran balik dibuktikan apabila hanya datang berunding setelah dikenakan sekatan Jabatan Imigresen dan disenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Mengenai isu kelewatan penerimaan bayaran pinjaman, Mary Yap menjelaskan PTPTN mempunyai prosedur operasi standard (S.O.P) yang tertentu sebelum membuat kelulusan pengeluaran kepada pelajar.

“S.O.P ini penting bagi mengelakkan pengeluaran pinjaman kepada pelajar yang tidak layak seperti gagal dalam peperiksaan, berhenti universiti dan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) kurang 2.0,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mary Yap Kain ChingPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd