• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta Korea Utara Di PBB Nafi Itu Mayat Kim Jong-nam

oleh
14/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menafikan lelaki yang mati di Malaysia pada 13 Februari lalu ialah abang pemimpin tertinggi negara tersebut, Kim Jong-un.

Lucunya Kim In-ryong menyalahkan pula pihak Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan atas pembunuhan lelaki warga Korea Utara yang sudah disahkan oleh polis Malaysia sebagai mayat Kim Jong-nam, abang tiri Jong-un.

“Kes pembunuhan itu adalah langkah melulu pihak berkuasa AS dan Korea Selatan bertujuan mencemar imej serta meruntuhkan sistem sosialis negara kami,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PBB pada Isnin.

Ia mulanya diadakan oleh wakil tetap itu untuk mengecam kenyataan Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini yang mengutuk ujian peluru berpandu Korea Utara sebagai mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Sebelum itu, Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang kemudian diusir, turut menegaskan kononnya mangsa sebagai Kim Chol, bukan Jong-nam selain mendesak Malaysia agar segera menyerahkan mayat tersebut.

Duta Korea Utara Di PBB Nafi Itu Mayat Kim Jong-nam

Beliau bagaimanapun mengakui lelaki yang dibunuh dengan bahan beracun berbahaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada bulan lalu itu ialah warga Korea Utara dan memiliki pasport diplomatik.

“Tanpa sebarang asas, kerajaan AS dan pihak berkuasa Korea Selatan sengaja menyalahkan Korea Utara, dengan menegaskan bahawa lelaki terbabit konon diracun menggunakan bahan VX yang dilarang,” kata In-ryong.

Pada masa sama In-ryong turut mempertikaikan dari mana dua wanita penyerang Jong-nam memperoleh gas saraf berbahaya yang diharamkan PBB itu, namun kemudian mendakwa AS memiliki simpanan ‘senjata haram’ tersebut.

In-ryong juga mempersoalkan keadaan dua penyerang wanita berkenaan yang tidak terjejas semasa menyapu bahan VX kepada mangsa sehingga dianggap sebagai ‘tidak masuk akal’. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kim Jong-NamKorea SelatanKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd