• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Ketua Balai Bomba Langkawi Dipenjara 40 Bulan

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi dijatuhi hukuman penjara 40 bulan dan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan rasuah, pada Oktober 2012.

Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Yaakob Hassan, 49, selepas meneliti rayuan yang dikemukakan oleh peguam bela, Paramjit Singh dan hujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A Hafiizh Abu Bakar.

Pada 8 Mac lalu, Zanol Rashid telah memutuskan tertuduh bersalah namun hukuman tidak dapat dijatuhkan berikutan Yaakob masih ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan menetapkan hari ini bagi menjatuhkan hukuman itu.

Bagi pertuduhan pertama, Yaakob didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Jamat Harun melalui panggilan telefon semasa pengadu berada di rumahnya di Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat, Langkawi, pada pukul 7.46 malam, 13 Okt 2012.

Suapan itu sebagai dorongan untuk membantu menutup siasatan kes polis terhadap anak lelaki pengadu, Mohd Shafiqq Affandi Jamat.

Bagi pertuduhan itu, Zanol Rashid menjatuhkan hukuman 20 bulan penjara dan denda RM50,000 atau penjara 10 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, Yaakob dituduh menerima rasuah RM2,000 daripada Ahmad Ridzwan Jamat bagi tujuan sama di dalam bilik Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Jalan Kasap, Langkawi pada pukul 3 petang, 14 Okt 2012.

Bagi pertuduhan kedua, Yaakob dikenakan penjara selama 20 bulan dan denda RM10,000 dan jika gagal membayarnya boleh dipenjara dua bulan.

Hukuman penjara itu bagaimanapun berjalan serentak bermula hari ini.

Zanol Rashid kemudiannya membenarkan hukuman penjara itu ditangguh selepas selesai proses rayuan namun perlu membayar denda berkenaan hari ini.

Bagi dua kesalahan itu, Yaakob dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Tertuduh yang memakai baju-T dan berseluar sukan kemudiannya dilihat memeluk anggota keluarga dan rakan-rakan. – BERNAMA

Tags: BombaKes Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd