• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Sentiasa Bersiap Sedia Laksanakan Pilihan Raya

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU (Sarawak) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk melaksanakan tanggungjawab mengendalikan pilihan raya pada bila-bila masa, kata Pengerusinya Datuk Seri Hashim Abdullah.

Beliau berkata persiapan itu termasuk dari segi logistik dan persediaan petugas dalam memastikan sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil yang diadakan berjalan lancar.

“Jangan bimbang, sepanjang masa kita buat persiapan dari segi logistik dan semuanya.. semuanya kita sudah sedia, petugas-petugas kita pun, ini bukan kali pertama mereka bertugas mengendalikan pilihan raya.

“Insya-Allah kita akan laksanakan sebaik mungkin… kita adakan latihan sepanjang masa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan
kepada petugas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu pada 18 Feb lepas, di Dewan Masyarakat Lundu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas isu yang tular di media sosial baru-baru ini selepas sebuah jabatan kerajaan mengeluarkan pekeliling dalaman yang membekukan cuti persendirian dan cuti ke luar negara kakitangan, sehingga mencetuskan spekulasi kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Hashim berkata bagi SPR apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubar, atau jika ada kekosongan kerusi di satu-satu kawasan pilihan raya, SPR akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan lancar.

Menjawab satu soalan mengenai bayangan kemungkinan pilihan raya negeri diadakan di Sabah tidak lama lagi, beliau berkata: “Tak boleh nak bayang apapun, tak nampak anak bulan lagi.”

Sementara itu merujuk kepada kehadiran SPR di Lundu hari ini, Hashim berkata ia juga bertujuan untuk membuat post mortem mengenai perjalanan PKR Tanjong Datu di samping memberi penghargaan kepada semua pihak yang terbabit termasuk pihak keselamatan dan juga media.

“Tidak ada kelemahan yang dikesan, dari segi keselamatan, pengurusan, pegawai pengurus pilihan raya, petugas kita… semuanya terkawal, semuanya berjalan dengan baik.

“Peratus keluar mengundi memang awalnya kita agak 75 peratus, untuk memberi galakan orang ramai mengundi, tapi yang dapat 68 peratus,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pilihan RayaPRU14SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd