• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh: Anak Pelik Ibu Belum Bangun Lagi

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pembantu peniaga pasar di sini ditemui mati dengan terdapat kesan luka di belakang badannya dipercayai dibunuh di bilik tidur tingkat atas kediamannya di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang di sini awal pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Hamidah Abdul Rahman, 53, ditemui anak perempuan bongsunya Noor Shairah Hussin, 17.

“Saya pelik mak saya tak bangun lagi. Selalu dia bangun 4.30 pagi. Saya dah siap-siap nak pergi sekolah kira-kira pukul 5.30, tapi tengok mak tak bangun lagi.

“Saya naik atas ingat nak kejut mak, tapi tengok mak dalam keadaan meniarap atas katil dan terdapat kesan terbakar pada kerusi meja solek dan langsir biliknya,” katanya kepada pemberita di rumahnya.

Menurut Noor Shairah, ibunya dipercayai pulang ke rumah tengah malam tadi selepas keluar untuk berjumpa rakannya pada pukul 8 malam.

“Tapi saya tengok beg tangan mak saya dah hilang termasuk beg dompet yang mengandungi kad pengenalan saya. Kali terakhir saya jumpa mak pada pukul 6.30 petang semalam, mak buatkan makanan untuk saya,” katanya.

Difahamkan mangsa baharu saja bertunang dengan seorang anggota polis berpangkat koperal yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Khamis lepas dan merancang melangsungkan perkahwinan pada Mei depan. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd