• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Kereta

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU – Anggota Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup sebuah kereta curi ke negara jiran melalui laluan tikus di sempadan berdekatan Serikin, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.15 malam itu, lapan anggota tentera yang diketuai seorang anggota berpangkat Staf Sarjan yang terbabit dalam Ops Serkap terserempak dengan sebuah kereta PERODUA MyVi yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan menghala ke sempadan.

Ketika kumpulan anggota tentera terbabit cuba menahan kereta itu untuk membuat pemeriksaan, pemandunya tiba-tiba memecut ke dalam kawasan ladang kelapa sawit.

Bagaimanapun, kereta terbabit tersangkut dalam lumpur dan pemandunya bertindak keluar dari kenderaan sebelum melarikan diri ke dalam hutan berdekatan sempadan itu.

Jurucakap Markas Pemerintahan Medan Timur berkata, semakan lanjut dengan pihak polis mendapati kereta berkenaan dilaporkan hilang di Kota Samarahan, semalam.

Sehubungan itu katanya, kenderaan berkenaan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut.

Cubaan menyeludup keluar kenderaan curi ke Indonesia itu adalah yang kedua dalam tempoh dua hari selepas anggota polis berjaya menahan sebuah kereta PERODUA MyVi dan menangkap seorang lelaki Indonesia di Raso, Lundu, awal pagi semalam. – Berita Harian

Tags: seludupTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd