• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Tentukan Harga Siling Bahan Api Dibentang Rabu Ini

oleh
11/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KURAU – Prosedur Operasi Standard (SOP) penentuan mekanisme harga siling bahan api secara mingguan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pembentangan itu bertujuan memberi penerangan mengenai mekanisme itu yang akan dilaksanakan mulai 1 April depan.

“Apabila SOP penentuan harga itu siap, barulah saya umumkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Ulu Sepetang dekat sini, hari ini.

Pada 6 Mac lepas, Hamzah berkata harga siling bahan api akan diumumkan secara mingguan bermula bulan depan.

Sehubungan itu, kementerian menasihatkan operator stesen minyak supaya bekerjasama dengan Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia bagi membentuk konsep yang boleh mengelak kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Hamzah, yang juga Anggota Parlimen Larut, berkata tindakan yang diambil kerajaan berhubung isu itu sentiasa mendahulukan kepentingan dan keperluan rakyat.

“Ini termasuk menyediakan pengangkutan awam lebih baik dan terancang seperti sistem transit aliran ringan (LRT) dan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) di Kuala Lumpur,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hamzah Zainuddinharga minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd