• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Rasuah Tidak Akan Gugat Kedudukan BN

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di Johor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak akan menggugat imej dan kedudukan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata ini kerana siasatan SPRM berhubung skandal itu hanya melibatkan individu dan bukan membabitkan parti politik diwakili mereka.

Shahrir berkata siasatan itu sekali gus dapat membersihkan imej kerajaan daripada pelbagai tohmahan buruk mengenai integriti pentadbiran dan pemerintahan.

“Tindakan yang diambil hanya kepada mereka yang terlibat dengan perbuatan yang boleh menjejaskan imej dan integriti pentadbiran. Jadi, bila kita ambil tindakan itu, tidak bermakna bahawa imej kita (BN) pula terjejas.

“Kita lihat, ini tindakan daripada kerajaan sendiri untuk membersihkan diri kita (BN) dan kerajaan dari segi tuduhan dan sangkaan buruk mengenai integriti,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tebrau, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sejauh mana skandal rasuah dan penyelewangan hartanah di negeri ini boleh menggugat pengundi BN.

Anggota Parlimen Johor Bahru itu berkata semua pihak seharusnya menyokong tindakan berkenaan kerana pihak pemerintah berani dan bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap anggotanya.

Semalam, seorang anggota Exco kerajaan Johor dibenarkan direman selama seminggu sehingga 16 Mac ini bagi membantu siasatan SPRM berhubung rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Sebelum ini, SPRM menahan enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas Exco itu pada 24 Feb dan menahan seorang kontraktor lelaki pada 28 Feb setelah dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah.

Tiga daripada tujuh individu, iaitu dua pemaju dan seorang kontraktor, dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 3 dan 7 Mac lepas, sementara empat yang lain dibebaskan dengan jaminan SPRM, dua hari lepas.

Dalam perkembangan lain, Shahrir yang juga Pengerusi Felda menyifatkan tindakan Pakatan Harapan untuk menganjurkan Konvensyen Felda pada 19 Mac ini, di Shah Alam, Selangor, hanya bermotifkan agenda politik yang ingin menghasut rakyat khususnya peneroka bagi membenci kerajaan.

Beliau berkata pihak berkenaan seharusnya tidak perlu merumitkan keadaan sebaliknya membantu menyelesaikan masalah yang sedia wujud.

“Kalau menghasut dengan merumitkan keadaan, itu tidak akan menaikkan harga getah atau sawit,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahUMNO Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd