• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: 2 Lelaki Tidak Serik, Ditahan Lagi Di Manjung

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Biarpun pernah ditahan tiga kali atas kesalahan yang sama, dua lelaki masih tidak serik sehingga sekali lagi ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi perangi dadah di dua lokasi berlainan di sekitar daerah Manjung.

Dua individu berkenaan, masing-masing berumur 45 dan 56 tahun, merupakan antara 15 suspek dipercayai penagih dadah yang ditahan di sekitar Pulau Pangkor dan Teluk Senangin di sini dalam operasi bermula Rabu lalu.

Pegawai AADK Manjung Sharuddin Abdul Salam berkata kebanyakan daripada yang ditahan bekerja sebagai nelayan dan mereka berusia antara 19 dan 56 tahun.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati semua ditahan positif pelbagai jenis dadah. Kita turut menemukan peralatan seperti labu yang digunakan untuk menghisap ganja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shahruddin berkata dalam operasi yang turut disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan polis, turut dirampas tiga kotak berisi bungkusan air ketum yang sudah dicampur kopi di sebuah rumah di Teluk Senangin selain buku urusniaga jualan air ketum.

“Kita juga percaya rumah itu dijadikan ‘port’ menghisap dadah di kawasan berkenaan dan semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penangih Dadah 1983,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadahlelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd