• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Betina 2.17 Meter Masuk Perangkap

oleh Ahmad Albab
10/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seekor buaya berukuran 2.17 meter memasuki perangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Sungai Santubong hari ini.

Buaya betina itu dipercayai memakan satu daripada 16 mata kail yang dipasang umpan ayam dan kambing sebelum diletakkan di 16 lokasi terpilih di sepanjang sungai.

SWAT SFC melaksanakan operasi mencari dan menghapuskan ini selepas seorang kakitangan sebuah sekolah menengah dibaham buaya ketika menjala udang di tebingan sungai Kampung Santubong pada 8 Feb lalu.

Timbalan Pengurus Besar SFC, Oswald Braken Tisen berkata bagaimanapun buaya tersebut bukan sasaran mereka kerana masih kecil dan ia akan dipindahkan ke Pusat Perlindungan Hidupan Liar Matang.

“Kawasan ini (Sungai Santubong) adalah zon perpindahan buaya dan SWAT SFC beroperasi di sini buat kali kedua berikutan terdapat kes yang mana orang
kampung dibaham buaya,” katanya ketika ditemui di jeti Jabatan Perikanan Santubong hari ini.

Oswald berkata operasi penakaian yang bermula sejak Isnin (6 Mac) lepas akan diteruskan sehingga esok, sebelum operasi ditamatkan.

Selain lima anggota SWAT SFC, operasi yang turut disertai dua anggota polis, seorang anggota RELA dan seorang kakitangan Jabatan Perikanan Sarawak dijalankan di sepanjang 2.5 kilometer dari lokasi serangan buaya berkenaan.

Pasukan operasi meletakkan papan tanda amaran kehadiran buaya di dua lokasi berhampiran tebingan sungai Kampung Santubong itu bagi meningkatkan kesedaran orang ramai seterusnya mengelak kejadian serangan berulang. – BERNAMA

Tags: Buaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd