• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zairil Khir Johari Saran PAS Jadi Tabligh

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Melayu DAP mencadangkan PAS menyertai tabligh atau tarekat sufisme jika mahu terus bercakap tentang mendapat keredhaan Allah S.W.T dan pembalasan akhirat.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari berkata, PAS tidak wajar menjadi sebuah parti politik di Malaysia jika mahu terus berkata tentang perkara itu.

Tambah beliau, PAS juga tidak wajar menjadi parti politik kerana tidak memiliki wawasan untuk mengubah dasar negara ini supaya lebih adil kepada semua.

“Sesungguhnya, sebuah parti politik harus bermatlamat untuk memberi impak terhadap dasar negara.

“Jika PAS tidak lagi memiliki wawasan ini, maka apa gunanya menggelarkan diri sebagai parti politik?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Zairil berkata, beliau sedih melihat arah tuju PAS di bawah kepimpinan terkini kerana didakwa mengorbankan prinsip lama parti itu.

Dakwa beliau, bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya sentiasa mempertahankan kerjasama PAS dengan DAP.

Bagaimanapun, dakwanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi penghadang kepada permuafakatan dengan DAP sejak Nik Abdul Aziz meninggal dunia.

DAP baru-baru ini memujuk PAS untuk kembali bekerjasama bagi mendapatkan sokongan ahli dan penyokong PAS ke atas Pakatan Harapan.

PAS bagaimanapun menolak pelawaan tersebut sebaliknya kelihatan mesra dengan parti terbesar kaum Melayu iaitu UMNO.

Berikutan itu, pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan melancarkan pelbagai propaganda di media sosial bagi memburuk-burukkan PAS sepert yang mereka lakukan ke atas UMNO selama ini.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun lalu kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pembangkang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd