• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Pelajar Di Ipoh Dijangkiti Gejala ILI

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 216 pelajar di tiga sekolah di sini dikesan menghidap gejala penyakit seperti influenza (ILI), kata Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 129 pelajar adalah dari Sekolah Raja Perempuan Taayah; 84 Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) dan selebihnya murid dari Sekolah Kebangsaan Klebang.

Katanya seramai 127 pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah dari tingkatan satu hingga lima telah diisolasi, sementara dua lagi kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Columbia, Taiping.

“Lapan sampel telah diambil dari Sekolah Raja Perempuan Taayah dan satu daripadanya disahkan positif Influenza A (H3) atau selesema bermusim sementara satu lagi disahkan Influenza B,” katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar yang dijangkiti ILI di Sekolah Raja Perempuan Taayah dan STAR di sini Jumaat.

Dr Mah berkata semua pelajar di STAR dan Sekolah Kebangsaan Klebang juga telah diisolasi dan setakat ini tiada pelajar yang dimasukkan ke hospital.

Beliau berkata pelajar di Sekolah Raja Perempuan Taayah dikesan dijangkiti virus itu pada 4 Mac, STAR pada 6 Mac lepas manakala pelajar di Sekolah Kebangsaan Klebang baru-baru ini, namun keadaan adalah terkawal.

Dr Mah turut menyarankan orang ramai supaya mengamalkan langkah pencegahan antaranya mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital sekiranya terdapat gejala ILI seperti demam, batuk dan sakit tekak.

ILI merupakan penyakit dengan gejala utama adalah seperti demam, sakit tekak dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, kelesuan dan selesema.

Seorang pelajar STAR, Muhammad Najmi Haikal Mustapha Kamil, 13, berkata dia hanya mengalami batuk sejak minggu lepas dan keadaannya kini bertambah baik.

“Saya kena kuarantin dari semalam (Khamis) dan saya dah maklumkan pada ibu bapa saya. Saya terkejut sebab bukan saya sorang dikuarantin tetapi ramai,” katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Mohd Arfan Haziq Ramdzan, 14, juga pelajar STAR berkata dia mengalami demam sejak Khamis manakala tiga lagi rakan sebiliknya juga dikuarantinkan kerana demam, batuk dan selesema.

Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan berharap penyakitnya dan rakan-rakan dapat sembuh dengan segera bagi membolehkan mereka terus mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa. – BERNAMA

Tags: Influenzapelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd