• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Culik: Mahkamah Tetap 7 April Tarikh Sebutan Semula

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 April depan untuk tarikh sebutan semula kes penculikan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM19 juta, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Hassan Abdul Ghani menetapkan perkara itu setelah hanya dua daripada empat tertuduh Ang Boon Leong, 40, dan Lim Sin Chye, 45, didakwa untuk prosiding pada hari ini.

Loh Sing Hwa, 29, dan Tham Hock Ann, 36, yang turut dituduh di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret sebelum ini, tidak dipanggil untuk pendakwaan hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan Lim dari Kemaman, Terengganu, dan Ang dari Kepong, Kuala Lumpur bersama dua lagi rakan mereka, Loh dan Tham dan tiga lagi suspek yang masih bebas, didakwa telah melarikan dan mengurung secara salah Chin Yoke Choon, 54, pada 26 Dis 2015.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique, Bandar Indera Mahkota di sini, pada 5.55 petang, 26 Dis 2015.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Lim diwakili Bob Arumugam manakala Ang tidak diwakili peguam.

Sebelum itu Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asyraf Md Kamal memohon agar mahkamah menjalankan perbicaraan bersama terhadap dua tertuduh dan dua lagi rakan mereka yang kemudian dipersetujui oleh Bob.

Mahkamah menetap 7 April depan sebagai tarikh perbicaraan bersama kes itu selain untuk memberi peluang kepada Ang melantik peguam. – BERNAMA

Tags: kes culikMahkamah Tinggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

30/10/2026
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penghakiman terus terhadap MajuBina Resources Sdn. Bhd. dan memerintahkan syarikat itu membayar...

Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi Gantung Pembatalan Pendaftaran PN

Jabatan Peguam Negara Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi Gantung Pembatalan Pendaftaran PN

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membolehkan Perikatan Nasional (PN) meneruskan aktiviti politiknya termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd