• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serik! Didie Alias Hati-Hati Pilih Kawan

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Didie Alias lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana kebaikan yang dihulurkannya sering diambil kesempatan oleh orang lain.

Didie berkata sikapnya yang mudah mempercayai orang sebelum ini juga menyebabkan dia ditimpa beberapa masalah yang pada akhirnya merugikan diri sendiri.

“Saya akui memang saya mudah percayakan orang lain dan suka membantu orang tanpa saya selidik betul-betul niat mereka.

“Niat saya hanya satu apabila berkawan… ia untuk mengeratkan silaturahim dan tidak rugi kalau kita berbuat baik dengan orang lain.

“Tetapi apabila banyak kali terkena saya mula serik dan bersikap lebih selektif untuk berbaik-baik terutamanya dengan orang yang baru saya kenal,” katanya kepada mStar Online.

Didie ditemui pada sidang media Karnival Lefest yang diadakan di Saloma Bistro di sini, Khamis.

Karnival itu akan diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada 24 hingga 26 Mac ini.

Sebanyak 200 gerai termasuk milik selebriti yang menjual barangan mampu milik disediakan pada acara itu nanti termasuk pakaian, akaesori, makanan dan sebagainya.

Dalam pada itu, Didie bagaimanapun berkata dia tidak menyalahkan sesiapa apabila ada pihak sering mengambil kesempatan terhadap dirinya kerana sikap mesra dan suka membantu orang lain adalah sikap yang ditanam dalam dirinya.

“Ia pengajaran untuk saya dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” ujarnya.

Bercakap lanjut mengenai Karnival Lefest, Didie berkata pihaknya menyediakan platform perniagaan yang efektif dari segi jualan dan pemasaran untuk usahawan.

Serik! Didie Alias Hati-Hati Pilih Kawan

Pada acara itu nanti booth perniagaan juga disewa pada harga mampu milik bagi membantu peniaga-peniaga baharu yang ingin menyertai karnival itu.

“Kami menganjurkan Lefest ini keranan ingin membantu meringankan masalah dihadapi oleh usahawan dan kita menyewa booth hanya RM1,100 untuk tiga hari.

“Ini adalah sebagai platform untuk mereka menjalankan perniagaan menerusi karnival dalam menjana pendapatan,” katanya.

Jelasnya lagi, karnival itu juga mendapat sokongan daripada rakan-rakan selebriti yang banyak membantu mempromosikan karnival dan produk usahawan itu sendiri.

Antara selebriti yang akan terlibat adalah Datin Alyah, Hafiz Hamidun, Lana Nodin, Lan Kristal, Lisdawati, Amar Asyraf, Encik Mimpi, Enot, Kiah Propa dan Jay Skoll of Lawak.

Selain Terengganu, karnival itu juga bakal diadakan di beberapa buah negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak. – mStar Online

Tags: Didie Aliaspelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd