• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Maklumat Jumlah Perisik Asing Di Malaysia

oleh
09/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai maklumat berkaitan jumlah ejen perisik asing di negara ini.

KDN berkata ini memandangkan tiada negara asing mengisytiharkan ejen perisikan mereka kepada Malaysia.

Bagaimanapun, kementerian melalui cawangan khas PDRM akan mempertingkatkan lagi usaha untuk mengumpul maklumat risikan bagi menentukan tiada lagi kejadian seperti pembunuhan warga Korea Utara di negara ini, kata kementerian dalam satu jawapan bertulis diedarkan di Parlimen.

Ia sebagai menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang ingin tahu jumlah ejen asing di Malaysia dan status terkini kes pembunuhan warga Korea Utara baru-baru ini.

KDN tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berkaitan perkara ini kerana masih di peringkat siasatan dan dikhuatiri boleh mengganggu siasatan yang dijalankan, menurut jawapan bertulis itu.

Warga Korea Utara Kim Chol dilaporkan dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari.

Media banyak melaporkan Kim Chol sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un. – BERNAMA

Tags: KDNKorea UtaraPerisik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd