• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandelela, Cheong Raih Gangsa Pada Pusingan Kedua

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasangan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih pingat gangsa pada pusingan kedua kejohanan Terjun Siri Dunia FINA yang berlangsung di Guangzhou, China hari ini.

Pasangan itu mengumpul 332.46 mata selepas melakukan lima terjunan untuk menduduki tempat ketiga acara 10m platform seirama wanita pada kejohanan yang diadakan di Swimming Natatorium, Pusat Sukan Olimpik, menurut Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) dalam laman sesawang www.fina.org.

Tuan rumah China meneruskan dominasi mereka selepas Chang Yani/Ren Qian mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada pusingan pertama di Beijing dengan 347.82 mata manakala pasangan Korea Utara Kim Kuk Hyang/Kim Mi Rae meraih pingat perak dengan 339.72 mata.

Untuk rekod, Pandelela/Cheong meraih pingat perak dalam acara sama pada pusingan pertama, minggu lepas.

Satu lagi pasangan Malaysia, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee akan mengambil bahagian dalam acara 10m papan anjal seirama wanita lewat hari ini. – BERNAMA

Tags: Cheong Jun HoongPandelela Rinong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pandelela, Dhabitah Berganding Semula

06/04/2022
0

PERSOALAN mengenai siapa yang akan menjadi pasangan baharu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter (m) platform...

Agong Zahir Tahniah, Bangga Kejayaan Pandelela

06/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada penerjun negara, Pandelela Rinong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd