• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Stesen Minyak Setuju Penetapan Harga

oleh
09/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bersetuju dengan pendekatan baharu penetapan harga siling bahan api yang akan diumumkan setiap minggu mulai April ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin.

Menurutnya, maklum balas tersebut diterima ketika mesyuarat bersama wakil persatuan berkenaan dua hari lepas, yang turut menyentuh mengenai mekanisme penetapan harga siling baharu.

Hamzah berkata, pertemuan dengan syarikat pengeluar minyak akan diadakan di kementeriannya hari ini berhubung pendekatan baharu tersebut.

“Kita akan umumkan kaedah yang lebih jelas kepada mereka dan semua pengguna,” katanya kepada media selepas merasmikan program Citarasa Malaysia dan Sehari Bersama Usahawan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) Bimbingan KPDNKK di sini, hari ini.

Hamzah baru-baru ini berkata, harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Mengenai tempoh sebulan yang diberikan kepada peniaga untuk meletakkan label pada berus, termasuk mengkhususkan produk daripada bahan berasaskan babi atau anjing, Hamzah berkata, ia berakhir hari ini.

“Mulai esok peniaga yang gagal untuk melabel produk berasaskan bahan tersebut akan dikenakan tindakan mengikut akta sedia ada,” katanya.

Mengenai program Citarasa Malaysia, Hamzah berkata, ia bertujuan mempromosi pelbagai produk PKS tempatan dengan kerjasama pasar raya tempatan serta asing.

Sehingga akhir tahun lepas, katanya, 1,310 pembekal daripada usahawan PKS tempatan telah membekalkan produk mereka ke pasar raya besar asing seperti Giant, Tesco, Aeon Big dan Aeon Co, dengan 787 daripadanya usahawan PKS Bumiputera.

“Kementerian menyedari jumlah tersebut tidak mencukupi dan boleh dipertingkatkan. Kita sedang giat melaksana pelbagai inisiatif bagi meningkatkan peratusan penyenaraian tetap produl PKS di pasar raya besar terbabit,” katanya. – BERNAMA

Tags: harga minyakMinyak Petrolstesen minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd