• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Senarai 23 Pemain Hadapi Korea Utara

oleh
09/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain ke latihan pusat menjelang perlawanan menentang Korea Utara pada 28 Mac ini.

Latihan pusat akan diadakan di Wisma FAM di Kelana Jaya bermula Isnin ini sehingga 20 Mac, sebagai persiapan untuk aksi persahabatan menentang Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila pada 22 Mac.

Skuad Harimau Malaysia akan menghadapi cabaran getir menentang Korea Utara pada aksi sulung pusingan kelayakan terakhir Piala Asia 2019 itu.

Venue bagi perlawanan itu akan diumum oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) esok, ekoran permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan itu diadakan di venue neutral atas faktor keselamatan.

Bagi panggilan kali ini, Kim Swee mengekalkan sebahagian daripada skuad Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar pada November lalu, dengan 18 pemain dikekalkan dan hanya lima pemain ditukar, menurut kenyataan FAM, hari ini.

Lima pemain yang digugurkan ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dari pasukan Kelantan, Irfan Fazail (JDT II), Ahmad Fakri Saarani (Kedah), Darren Lok (JDT) dan Norshahrul Idlan Talaha (Felda United).

Mereka digantikan dengan penjaga gol Felda United Mohd Farizal Harun, Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka), Mohamad Nasir Basharudin (Perak) dan Muhammad Akram Mahinan (Kedah) untuk melengkapkan skuad.

Kesemua pemain itu perlu melaporkan diri kepada Kim Swee pada Isnin ini, kecuali dua pemain JDT (Rabu) dan dua pemain Felda United (Khamis), kerana terlibat dengan aksi Piala AFC 2017 dengan kelab masing-masing.

Menurut kenyataan itu, purata umur bagi senarai skuad kali ini ialah 28.0 tahun. Tujuh pemain berusia 25 tahun dan ke bawah, sembilan pemain berusia 26-29 tahun serta tujuh pemain berusia 30 tahun dan ke atas.

Dua puluh tiga pemain berkenaan ialah Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrul Mohd Saad, Mohamad Nasir Basharudin, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (kesemuanya Perak), Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Baddrol Bakhtiar, Muhammad Akram Mahinan dan Mohd Syazwan Zainon (Kedah).

Mohamad Fadhli Mohd Shah, Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Mohd Farizal Harun, Muhammad Hadin Azman (Felda United), Matthew Davies, Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, S. Veenod (Selangor), Khair Muhammad Jefri Jones, Mohd Amri Yahyah (Melaka United), Mohd Safee Mohd Sali (PKNS FC) dan Ronny Harun (Sarawak). – BERNAMA

Tags: Harimau MalaysiaKorea UtaraOng Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd