• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas Siasat Sindiket Kad Pengenalan Di Sabah

oleh
09/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pasukan khas akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang terlibat dengan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam kenyataan bersama sempena mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Kenyataan bersama itu menyebut kerajaan memandang serius berhubung kes pengeluaran dan pengedaran kad pengenalan palsu yang masih dilakukan oleh sindiket tertentu.

Bagi meningkatkan penguatkuasaan, kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) memutuskan penubuhan pasukan khas itu untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu seperti yang berlaku di Sandakan dan Tawau, Sabah baru-baru ini, katanya.

“Siasatan lebih menyeluruh perlu digerakkan sehingga individu-individu yang bertindak sebagai dalang sebenar dapat dikenal pasti dan diambil tindakan undang-undang,” kata kenyataan bersama itu.

Kenyataan bersama itu menyebut sungguhpun dokumen yang dikeluarkan tidak sah kerana tidak akan wujud dalam sistem dan rekod pendaftaran negara namun tindakan lebih agresif dan tegas perlu dilakukan.

“Ia bukan sahaja melibatkan penipuan kepada penerimanya tetapi turut menjejaskan nama baik kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Ia turut menegaskan bahawa kerajaan turut memberi fokus akan permasalahan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di perairan negeri.

Dengan mengambil kira faktor keselamatan dan kepentingan umum, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan meningkatkan kawalan di pintu masuk di negeri Sabah, kata kenyataan itu.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga telah mengambil tindakan proaktif seperti pengambilan maklumat biometrik bagi setiap warga asing yang masuk dan keluar dari negeri Sabah serta pemasangan alat sistem pengecaman imej di setiap pintu masuk di Sabah.

Kenyataan bersama itu menyebut berdasarkan rekod Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, jumlah keseluruhan PATI di Sabah yang telah diusir sejak tahun 1990 sehingga 3 Mac tahun ini adalah seramai 553,692 orang.

Bagi 2017 sahaja, jumlah pengusiran sehingga 3 Mac adalah seramai 1,120 orang.

Kenyataan bersama itu juga memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan aktiviti pemindahan (ke kapal) telah dibuka semula berkuat kuasa pada 1 Februari lepas (2017) bagi membantu meningkatkan kembali kegiatan ekonomi di Sabah.

Ia melibatkan aktiviti perdagangan biasa iaitu import dan eksport barangan sahaja tidak termasuk perdagangan petroleum.

Namun, menurut kenyataan bersama itu, kerajaan masih mengekalkan larangan penggantungan bagi aktiviti perdagangan tukar barang (barter trade). – BERNAMA

Tags: Musa AmanSabahSindiket Kad PengenalanZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd