• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaidatul Husniah Wanita Terpantas Malaysia

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli akhirnya meleburkan rekod 24 tahun dalam acara 100 meter wanita pada Kejohanan ASA Speed Series 2 di Bloemfontein, Afrika Selatan, awal hari ini.

Zaidatul Husniah, 24, melakar catatan masa 11.45 saat dengan bantuan angin sebanyak 0.4 saat, sekaligus memadam rekod terdahulu iaitu 11.50 saat dicatat G.Shanti pada Kejohanan Pra-Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

Kejayaan atlet dari Alor Setar, Kedah itu disahkan ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas yang dihubungi Bernama, hari ini.

Zaidatul Husniah bagaimanapun menamatkan saingan di tempat kedua pada aksi final Kumpulan B di belakang atlet tuan rumah, Tamzin Thomas yang mewakili University of Western Cape (11.44 saat) manakala tempat ketiga diraih seorang lagi atlet tuan rumah, Tsaone Sebele dari University of Johannesburg menerusi catatan masa 11.48 saat.

Seorang lagi atlet kebangsaan, S. Komalam Shally menduduki tempat keempat selepas mencatat masa 11.72 saat.

Terdahulu, Zaidatul Husniah pernah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara yang sama dengan catatan masa 11.36 saat pada Kejohanan AGN League 7 di Pretoria, Afrika Selatan, Sabtu lepas namun ia tidak diiktiraf kerana mendapat bantuan angin sebanyak 2.5 saat.

Peraturan Kesatuan Olahraga Dunia (IAAF) mensyaratkan hanya catatan dengan bantuan angin di bawah dua saat dikira sebagai rekod baharu seseorang atlet. – BERNAMA

Tags: OlahragaRekod
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Pingat Emas Rayzam ‘Dirompak’ Akibat Keputusan Berat Sebelah

10/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil mendakwa pingat emas yang sepatutnya dimenangi jaguh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd