• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didenda RM1,000 Tumbuk Muka Bekas Majikan

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya kerana tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang diterima, seorang lelaki didenda RM1,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menumbuk muka bekas majikannya.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Hafizi Majid, 30, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Peer Mohamed Abdul Majid, 54, dengan menumbuk muka mangsa beberapa kali.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat di Jalan Bangsar Utama 3, Bangsar di sini, pada 4.15 petang, 28 Februari lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja selama tiga bulan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa telah ditumbuk oleh bekas pekerja separuh masa itu kerana tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima, sehingga mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka. – BERNAMA

Tags: tumbuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita Hingga Bengkak Muka

Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita Hingga Bengkak Muka

11/03/2024
0

JOHOR BAHRU - Tular video dalam media sosial memaparkan seorang juruwang hamil ditumbuk seorang pelanggan wanita sehingga lebam di muka...

Warga Emas Tumbuk Polis Trafik

15/03/2022
0

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas bukan sahaja memandu secara berbahaya tetapi turut bertindak biadap apabila menumbuk anggota polis yang bertugas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd