Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Harga Barang Terus Naik,...

KUALA LUMPUR : Harga barang dan keperluan asas terus-terusan naik sejak awal bulan...

Lelaki Cedera Parah Ditikam...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki cedera parah selepas ditikam sekumpulan lelaki dalam satu...

ADUN Johor Perlu Akur...

ISKANDAR PUTERI - Semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) Johor diminta menerima nasihat...

Mahkamah: Pesakit Mental Didakwa...

KAJANG - Seorang pesakit mental dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Lelaki Didenda RM1,000 Tumbuk Muka Bekas Majikan

KUALA LUMPUR – Hanya kerana tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang diterima, seorang lelaki didenda RM1,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menumbuk muka bekas majikannya.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Hafizi Majid, 30, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Peer Mohamed Abdul Majid, 54, dengan menumbuk muka mangsa beberapa kali.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat di Jalan Bangsar Utama 3, Bangsar di sini, pada 4.15 petang, 28 Februari lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja selama tiga bulan.


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa telah ditumbuk oleh bekas pekerja separuh masa itu kerana tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima, sehingga mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka. – BERNAMA

Kategori