• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Restoran Ditemui Mati Dibunuh

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pembantu restoran lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah pada badan, dipercayai dibunuh di sebuah rumah kedai di Taman Kerjasama, Bukit Beruang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata warga tempatan berusia 21 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh individu dipercayai majikannya dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi tadi.

“Polis dimaklumkan kira-kira pukul 6.30 pagi dan sebaik tiba di lokasi, mendapati mayat lelaki dengan kecederaan pada badan di dapur rumah kedai di tingkat atas bangunan berkenaan.

“Selain kesan darah di lantai, polis turut menemui satu senjata tajam yang mempunyai kesan darah dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian di premis terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata maklumat awal mendapati premis itu disewa lebih daripada seorang termasuk rakan sekerja mangsa yang dipercayai warga asing, namun tiada individu lain di lokasi kejadian ketika polis tiba.

Shaikh Abdul Adzis berkata susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga asing berusia 20-an yang berada dalam jarak antara satu dan dua kilometer dari lokasi kejadian, kira-kira 10.30 pagi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata pihaknya percaya kejadian dilakukan seorang suspek namun motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Katanya mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd