• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Anggota Polis Dituduh Ambil Rasuah RM5,000

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis dan seorang pesara polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas dakwaan menerima rasuah hari ini.

Tertuduh, Sarjan Azahar Adon, 56, Koperal Rosli Bali, 55, dan pesara polis berpangkat Koperal, Yusof Ali, 60, didakwa menerima rasuah RM5,000 daripada Mohd. Rizal Jantan melalui Mariani Ismon.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media berkata, ketiga-tiga mereka didakwa menerima wang itu supaya tidak mengambil tindakan terhadap Mohd. Rizal yang kononnya memiliki dan mengedar dadah.

“Mereka yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2015, kira-kira pukul 5 petang di perkarangan stesen minyak Petronas, PSS KM 2 LDP, Lot PT 14387 HS, Lebuhraya Damansara Puchong, Subang Jaya.

“Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM, mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri pada Isnin pertama setiap bulan di Pejabat SPRM Shah Alam.

Kata SPRM, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Jelas SPRM, hakim menetapkan 10 Mei 2017 sebagai tarikh sebutan semula kes. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd