• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Tak Sekat Alif Satar Lakonkan Adegan Romantik

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STATUS sebagai suami dan bapa kepada dua orang cahaya mata tidak menjadi masalah buat penyanyi dan pelakon Alif Satar untuk melakonkan adegan romantik dengan artis lain kerana ia tidak dihalang isteri.

Malah Alif, 27, berkata, dia gembira kerana isterinya Sha Dila Halid memahami akan kerjayanya itu sebagai seorang artis.

“Saya boleh bercinta dengan sesiapa ketika dalam set lakonan, bercinta dalam karakter.

“Bagi saya itu hanya lakonan dan saya bersyukur isteri tak pernah halang, dia faham kerjaya saya dalam bidang ini,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, isterinya iaitu Sha Dila Halid juga tidak kisah jika adakalanya dia terbawa-bawa karakter lelaki romantik ketika pulang ke rumah.

Isteri Tak Sekat Alif Satar Lakonkan Adegan Romantik
Gandingan Alif dan Siti Nordiana dalam drama turut membantu menaikkan namanya dalam bidang lakonan. – Foto AZMAN GHANI/The Star

“Bagi saya zaman untuk jadi playboy sudah lama berakhir. Sekarang adalah masa mencari rezeki untuk keluarga.

“Tapi kadang-kadang apabila berlakon dan perlu bercinta dengan penuh romantik, karakter itu terbawa-bawa. Nasib baik isteri faham,” katanya penuh ceria.

Keserasian lakonan Alif bersama Siti Nordiana dalam drama Dia Semanis Honey juga membawa tuah kepadanya hingga naskhah berkenaan turut dipentaskan dalam bentuk teater pada tahun lalu.

Sementara itu bercerita mengenai perkembangan kerjayanya yang dilihat semakin berkembangan termasuk di bidang pengacaraan, Alif mengakui dia sedang melalui fasa yang lebih baik dalam kariernya.

“Saya akui baru mula mendaki dalam kerjaya sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini. Bagus juga begitu kerana saya naik secara perlahan-lahan.

“Namun bagi saya tahun-tahun sebelum ini adalah persediaan untuk saya.

“Sekarang ini saya lebih matang dan tahu menguruskan tekanan dan cabaran,” katanya yang sudah terlibat dalam industri hiburan sejak 11 tahun lalu.

Dia mula dikenali sejak menjadi finalis rancangan realiti One in a Million pada 2006. – mStar Online

Tags: alif satarpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd