• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Ditahan Kes Curi Komponen Elektronik Syarikat

oleh AK-47
08/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis menahan 13 individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian komponen elektronik milik syarikat telekomunikasi di Stesen Pemancar Jalan Bukit Padang dan Jalan Kauluan Tuaran, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehuddin Abd Rahman berkata berikutan satu laporan mengenai kes kecurian itu, satu pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah melakukan siasatan dan risikan.

“Berikutan itu, polis berjaya menahan lima lelaki dalam beberapa serbuan berasingan di Putatan, Kinarut, Tenom dan Keningau pada Jumaat dan Sabtu lepas.

“Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 27 unit bateri kereta, peralatan pemotong wayar dan dua buah kereta,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada suspek yang berusia 18 hingga 49 tahun itu positif dadah dan kesemua mereka direman selama empat hari sehingga esok.

Pada masa sama, Salehuddin berkata sepasukan anggota dari IPD Tuaran turut menahan enam lelaki berusia 25 hingga 35 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kes kecurian komponen elektronik milik dua syarikat telekomunikasi di Stesen Pemancar Jalan Kauluan Tuaran.

“Bertindak atas satu laporan pada 13 Feb lepas, polis telah melancarkan beberapa risikan dan berjaya menahan keenam-enam suspek berkenaan di sebuah rumah tidak bernombor di skim penempatan Telipok kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lepas.

“Turut dirampas dalam serbuan itu beberapa gulung kulit kabel yang dipercayai berkaitan dengan kes kecurian berkenaan dan kesemua suspek berkenaan di reman selama empat hari sehingga esok dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Salehuddin berkata hasil siasatan terhadap kesemua suspek berkenaan, pihaknya juga telah menahan sepasang suami isteri berusia 30 dan 40 tahun yang juga merupakan pemilik premis besi buruk di Jalan Bantayan Inanam kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Mereka ditahan untuk membantu siasatan dalam kes berkenaan dan polis turut merampas 55 buah bateri kereta dari premis itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Salehuddin Abd RahmanKes Curi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd