• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Bawah 16 Tahun Malaysia S Balachandran Letak Jawatan

oleh AK-47
03/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan bawah 16 tahun negara, S Balachandran mengakui telah menyerahkan surat meletakkan jawatan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu lepas.

Menurut laporan Mstar Online, beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keputusan itu.

“Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini, ia lebih kepada masalah peribadi.

“Hari ini (Selasa) saya akan bertemu dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Apa-apa keputusan terkini akan diberitahu kelak,” katanya.

Keputusan secara tiba-tiba beliau yang pernah bermain untuk Malaysia dan Kuala Lumpur itu menimbulkan tanda tanya kepada peminat bola sepak tanah air, lebih-lebih lagi selepas pencapaian cemerlang skuad muda bimbingannya.

Kontrak Balachandran untuk membimbing skuad itu sehingga Disember tahun depan.

Dua bulan lepas, pasukan bimbingannya hampir melangkah kaki ke Piala Dunia FIFA bawah 17 tahun di Chile 2015, bagaimanapun terkandas 1-2 pada saingan separuh akhir kelayakan kepada Australia di Stadium Muangthong, Bangkok.

Pasukan itu mara ke separuh akhir selepas bergelar naib juara Kumpulan A di belakang Korea Selatan.

Bukan setakat itu, pasukan muda itu dinobatkan sebagai juara Piala Juara-Juara Asia FAM-Frenz 2014.

Tahun lepas, anak buah Balachandran juga mencatatkan sejarah apabila menjuarai Piala AFF bawah 16 tahun di Myanmar buat pertama kali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakSukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd