• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Perlis Mahu Sukan Jadi Wadah Tarik Kunjungan Pelancong

oleh Ahmad Albab
02/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail menyarankan agar aktiviti sukan dijadikan satu daripada wadah untuk menarik kedatangan pelancong ke negeri ini.

Baginda bertitah beberapa prasarana sukan yang disediakan semasa Sukan Malaysia (Sukma) Perlis tahun ini boleh terus digunakan untuk penganjuran kejohanan sukan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah peringkat antarabangsa.

“Apabila ada penganjuran sebegini, bukan sahaja dapat menarik kedatangan peserta-peserta sukan untuk mengambil bahagian, malah juga penyokong-penyokong mereka sekali gus membuka ruang kepada Perlis memajukan bersama industri pelancongan sukan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra 2014 (Perlis/Milo) kali ke-34 di Dewan 2020 di sini Isnin malam.

Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Jamil Saad.

Raja Perlis bertitah saiz yang kecil bukan bermakna Perlis tidak boleh menjadi penganjur sukan yang besar hingga ke peringkat antarabangsa sebagaimana dibuktikan melalui penganjuran Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra (Perlis/Milo) itu.

“Sejak 34 tahun lalu Perlis menganjurkan sukan ini hingga menjadi sebutan pemain-pemain tenis remaja dunia yang begitu berminat untuk menyertainya untuk mengasah bakat mereka dalam sukan berkenaan sebelum melangkah ke pertandingan lebih besar setelah mereka dewasa,” titah baginda.

Tiga belas negara mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini terdiri daripada Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun, Filipina, Uzbekistan, Kazakhstan, Turkmenistan, Kyrgystan, Tajikistan, Thailand, Rusia dan Myanmar di samping kebanyakan negeri di Malaysia.

Kejohanan melibatkan lebih 250 pemain bagi kategori umur bawah lapan, sepuluh, 12, 14 dan 16 tahun diadakan dari 30 Nov hingga 4 Dis.

Kejohanan anjuran bersama kerajaan negeri dan Persatuan Tenis Perlis itu diadakan di gelanggang tenis Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini dan Universiti Teknologi Mara Perlis di Arau. – BERNAMA

Tags: Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd