• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kongsi Pengalaman Dibaham Buaya

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang lelaki yang terselamat daripada serangan ganas seekor buaya telah berkongsi cerita tentang kejadian itu melalui satu rakaman video.

Rudy Francis Angkanon, 35, hilang tangan dan kaki kanan dalam kejadian ngeri pada 20 Februari lalu.

Rudy sebelum ini dilaporkan mahu memberi makan seekor buaya berusia 60 tahun di Taman Buaya Sandakan apabila tangan kanannya disambar buaya berkenaan.

Video bertajuk ‘Saya Terselamat Daripada Serangan Buaya’ dikeluarkan apabila beliau yang dirawat di Hospital Duchess of Kent di Sandakan beransur pulih.

Video itu menceritakan bagaimana beliau sedang menjalankan tugas rutin memberi makan buaya sebelum dikejutkan dengan kejadian tersebut.

Reptilia itu telah menggigit tangan kanan beliau lalu mengheretnya ke dalam kolam air.

Dengan lengan kanannya masih berada dalam rahang buaya dan rasa sakit yang teramat sekali, Rudy dengan pantas menukar posisi beliau ke bahagian bawah perut buaya.

Beliau kemudian cuba memeluknya dengan kuat untuk menyelamatkan diri dan mengelak daripada dimakan.

“Secepat kilat buaya tersebut memulakan ‘death roll‘,” menurut tulisan dalam video tersebut.

Melihatnya kecederaannya, ramai yang menyangka beliau akan kehilangan nyawa selepas serangan itu.

Tetapi keluarga dan kawan-kawannya berkata berkata semangat beliau masih tinggi walaupun kehilangan tangan dan kaki.

Rudy berkahwin dengan Nur Aisa Hatta dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun, Dahlia.

Video selama lima minit itu telah disiarkan di YouTube. – mStar Online

Tags: lelakiserangan buaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd