• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stok RON97 Habis, Ada Stesen Minyak Enggan Terima Stok Baru

oleh AK-47
03/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa buah stesen minyak di Lembah Klang dilaporkan kehabisan stok petrol RON97 pada hari pertama harga bahan api itu ditetapkan menggunakan kaedah apungan terkawal.

Memetik laporan laman web The Malay Mail, tinjauan di beberapa stesen petrol di Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya, Bangsar dan Damansara menunjukkan ada yang kehabisan stok petrol gred berkenaan seawal pukul 11.30 pagi.

Operator stesen minyak menyalahkan langkah penurunan harga oleh kerajaan yang dilihat terlampau mendadak.

BACA – Harga Baru RON95 Turun 4 Sen Berkuatkuasa 1 Disember

Seorang pengendali stesen minyak dengan 26 tahun pengalaman yang enggan mendedahkan namanya berkata stesen petrol miliknya tidak menjual petrol RON97 sejak dua hari lepas kerana kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan.

“Saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini sebelum ini, harga telah diturunkan 20 sen di pertengahan bulan lepas dan kali ini ia diturunkan lagi sebanyak 9 sen.

“Tidak banyak perbezaan antara RON97 dan RON95 biarpun kedua-duanya menggunakan sistem apungan terkawal,” katanya.

Dengan perbezaan harga kira-kira 20 sen, permintaan untuk petrol telah berubah dari 10 peratus untuk RON97 dan 90 peratus untuk RON95 kepada masing-masing 20 peratus dan 80 peratus.

“Jika harga ini kekal, permintaan untuk RON97 akan meningkat 40 peratus daripada pelanggan saya.

“Kekurangan bekalan juga menyebabkan kebimbangan pengusaha minyak akan kerugian kerana terpaksa menjual stok lama yang dibeli dengan harga lebih tinggi.

“Ketika harga diturunkan 20 sen, saya kerugian kira-kira RM4,000.

“Sejak saya sudah kehabisan stok selama dua hari, ada pelanggan saya yang berkeras mahu melihat ke dalam tangki simpanan kerana menuduh saya enggan menjual petrol, saya sebenarnya akan kerugian lebih besar jika tidak menjual semua stok saya,” katanya.

Seorang lagi pengusaha stesen minyak di Petaling Jaya yang juga kehabisan bekalan RON97 berkata, syarikat minyak tidak bersedia sepenuhnya dengan peningkatan mendadak permintaan ke atas bahan api itu.

“Saya tidak fikir, sesiapapun bersedia untuk memenuhi semua permintaan ini.

“Syarikat minyak memerlukan masa bagi memastikan tangki simpanan mereka boleh disesuaikan mengikut keadaan permintaan, penurunan berlaku sekali lagi selepas harga diturunkan,” katanya.

Bukan sahaja di Lembah Klang, di Georg Town, beberapa buah stesen minyak kehabisan petrol RON97 bermula pukul 2 petang.

“Kita tidak menjangkakan ramai orang secara tiba-tiba mengisi minyak RON97,” kata seorang pengusaha stesen minyak di Jalan Datuk Keramat.

Di Ipoh, seorang pemilik stesen minyak berkata kekurangan bekalan RON97 disebabkan pengusaha tidak mahu menerima stok baru minyak yang dihantar ke stesen mereka.

“Siapa yang mahu menerima penghantaran stok baru apabila mengetahui mereka pasti akan kerugian,” katanya. – MYNEWSHUB.CC 

Oleh : IBNU K 

Tags: PetrolRON95RON97
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

STING Tahan 12 Suspek Di Pulau Pinang, Kedah

Next Post

Tips: Anda Mahu Tahu Ini Bila Kereta Dilanggar Dari Belakang

Related Posts

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 30 Julai Ini

Harga Petrol, Diesel Kekal Hingga 30 Julai Ini

23/07/2025
0

Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 serta diesel kekal masing-masing pada RM2.05, RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh...

Harga RON95 Kekal, RON97 Dan Diesel Naik Tiga Sen Seliter

Harga RON95 Kekal, RON97 Dan Diesel Naik Tiga Sen Seliter

16/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.18...

Next Post

Tips: Anda Mahu Tahu Ini Bila Kereta Dilanggar Dari Belakang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd