• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Buaya Baham Pekerja Di Sandakan Boleh Dielakkan

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Insiden seorang pekerja diserang buaya yang dipelihara di Taman Buaya di sini pada bulan lepas boleh dielakkan sekiranya taman itu dilengkapi Standard Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Carol, kakak kepada Rudy Francis Angkangon @ Asraf, 35, mangsa dalam kejadian itu menyatakan persekitaran kerja Rudy di taman itu adalah berisiko tetapi tiada keperluan asas keselamatan dikuat kuasa oleh pihak pengurusan.

Pada 20 Feb lepas, Rudy yang merupakan pelatih pertunjukan burung di taman itu putus kaki kanan dan tangan kanan akibat dibaham seekor buaya ketika dia
memberikan makanan kepada buaya itu di kolam pertunjukan.

Carol yang mewakili keluarganya berkata mereka juga kesal dengan laporan media mengenai kejadian itu yang tidak tepat dan menunjukkan Rudy sebagai seorang pekerja tidak mahir dan cuai.

Katanya maklumat dan gambar kecederaan yang dialami oleh Rudy ketika insiden itu sepatutnya tidak didedahkan.

“Ada akhbar membuat lakaran animasi mengenai insiden itu dan disalah tafsir, telah menjatuhkan integriti dan karakter profesional Rudy,” katanya.

Menurut Carol, adiknya mempunyai isteri yang sedang mengandung dan mempunyai anak perempuan berusia dua tahun memulakan kariernya bermula 18 tahun lepas sebagai pemandu pelancong.

Beliau berkata Rudy pernah menerima latihan sebagai pelatih pertunjukan hidupan liar di Zoo Lok Kawi Putatan sebelum khidmatnya diperlukan di Mini Zoo Samjaya di sini untuk mengendalikan Cawangan Pendidikan.

Katanya Rudy turut menyumbang bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan dan melindungi hidupan liar menerusi program bersama pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar daerah ini.

Berikutan kejayaan Samjaya dalam program dilaksana cawangan pendidikan, Rudy ditawarkan oleh Taman Buaya Sandakan membantu membangunkan tarikan di taman itu menerusi pendidikan. – BERNAMA

Tags: BuayaTaman Buaya Sandakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd