• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusiran Duta Korea Utara Tidak Jejaskan Ekonomi

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia tidak akan terjejas susulan keputusan kerajaan mengisytiharkan Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol sebagai ‘Persona Non Grata’.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, Korea Utara bukan merupakan rakan dagang atau rakan kongsi pelaburan penting.

“Penting untuk menjaga hubungan ekonomi dengan rakan kongsi dua hala yang kukuh — negara yang mempunyai nilai dagangan atau pelaburan ketara,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penandatanganan memorandum perjanjian (MoA) antara Institut Pemasaran Malaysia (IMM) dan Putra Business School (PBS) Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PBS, Prof Dr Zulkornain Yusop dan Presiden IMM, Datuk Sharifah Mohd Ismail.

Mengenai unjuran pasaran, Rafidah berkata, tekanan luaran akan berterusan memandangkan ekonomi maju lain masih tidak mencatatkan peningkatan yang baik.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan ekonomi Malaysia berdepan cabaran daripada dolar Amerika Syarikat, euro dan yen yang stabil.

“Ia bukan disebabkan ekonomi Malaysia atau mata wang kita yang lemah, tetapi mata wang utama yang lebih kukuh.

“Tahap tadbir urus ekonomi yang kita ada akan menentukan bagaimana kita menangani cabaran luaran itu,” katanya.

Terdahulu, MoA yang dimeterai antara IMM dan PBS adalah mengenai Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) berserta Program Pensijilan Asia Pemasar Profesional Bertauliah (CPM).

Mengikut MoA itu, graduan MBA dalam Pemasaran dari PBS akan turut layak menerima sijil CPM. – BERNAMA

Tags: Duta Korea UtaraTan Sri Rafidah Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trio Sabotaj Parti Tidak Wakili Veteran UMNO

08/05/2018
0

TINDAKAN tiga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainudin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr. Rais Yatim yang lantang...

Rafidah Cuba Cetus Tsunami Ubah Kerajaan

05/05/2018
0

UNDI calon untuk pastikan kerajaan sedia ada ditukar. Itu inti ucapan bekas Menteri Perdagangan dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd