• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

48 Jam Berakhir Petang Ini, Kang Chol ‘Diburu’

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelibat Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol masih tidak kelihatan di bangunan kedutaan yang terletak di Bukit Damansara di sini, pagi Isnin walaupun tempoh untuk beliau meninggalkan negara ini berbaki kurang 12 jam.

Hanya sebuah kenderaan hitam yang dipandu seorang lelaki dilihat memasuki bangunan berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.

Lelaki berkenaan membawa bersama seorang wanita yang duduk di tempat duduk belakang.

Identiti kedua-duanya tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun tingkap kereta tidak dibuka walaupun pihak media mendekati kereta jenis Mercedes ini bagi mendapatkan maklumat atau perkembangan terkini tentang Kang Chol.

Sementara itu, kawasan kedutaan masih menjadi tumpuan pihak media tempatan dan antarabangsa yang ‘berkampung’ di sini sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan kali terakhir Kang Chol dilihat di bangunan kedutaan adalah pada Jumaat kira-kira pukul 10 malam.

Pada petang Ahad, perwakilan Korea Utara yang dihantar ke Malaysia bagi berbincang berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam, Ri Tong Il dilihat keluar dari kedutaan.

Kementerian Luar melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Korea Utara pada Sabtu mengisytiharkan Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula 6 petang hari yang sama.

Ini bermakna tempoh yang diberikan untuk Kang Chol meninggalkan Malaysia akan tamat pada 6 petang ini.

Pengusiran Kang Chol dibuat susulan kegagalan berjumpa dengan pihak Kementerian Luar dan keengganan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini berhubung siasatan polis terhadap pembunuhan Jong-nam abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un. – mStar Online

Tags: Kang Cholpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd