• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Rumah Di Perkampungan Atas Air Kurnia Jaya Musnah

oleh Ahmad Albab
02/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Sembilan rumah di perkampungan atas air Kurnia Jaya, Batu 4, di sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat mengawal api daripada merebak menyelamatkan 471 rumah lain daripada turut musnah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.06 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Sejumlah 23 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5.03 pagi. Kami turut dibantu sembilan anggota polis, tujuh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dan tiga pekerja dari Sabah Electricity Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rudy berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sementara itu, seorang mangsa, Norianah Rahul, 28, berkata ketika kejadian dia sedang tidur bersama sembilan lagi anggota keluarganya.

“Saya hanya menyedari kebakaran itu setelah mendengar jeritan seorang penduduk di sini dan kami sekeluarga terus menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah sampan yang ada di bawah rumah,” katanya yang menetap di situ sejak 20 tahun lepas. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd