• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis M’sia Nafi Dakwaan Korea Utara

oleh Ahmad Albab
05/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Malaysia menafikan dakwaan rakyat Korea Utara Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan dalam siasatan terhadap pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, kononnya beliau menjadi mangsa pakatan yang didakwa untuk merosakkan kehormatan negaranya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis hanya menjalankan tugas dalam menyiasat segala aspek kes itu.

Jong Chol, 47, telah ditahan bagi memudahkan siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Feb di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) tetapi telah dihantar pulang semalam kerana kekurangan bukti.

“Dia (Jong-Chol) boleh buat apa sahaja kenyataan tetapi polis buat kerja mengikut prosedur yang ditetapkan dan telah membebaskan beliau kerana tiada bukti kukuh,” katanya kepada Bernama bila dihubungi malam ini.

Bercakap di Beijing dalam perjalanan pulang ke Korea Utara, Jong-Chol dilaporkan menuduh penyiasat Malaysia menggunakan tekanan bagi memaksanya membuat pengakuan.

Noor Rashid menafikan ini.

Mengenai keputusan kerajaan Malaysia mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara Kang Chol kini sebagai ‘Persona Non Grata’ dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini, Noor Rashid berkata Jabatan Imigresen akan memastikan diplomat itu keluar dari Malaysia.

Menurut laporan, Jong-nam sedang menunggu penerbangannya ke Macau di klia2 apabila dua wanita tiba-tiba menyapu mukanya dengan cecair beracun yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam dilaporkan mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dikejarkan ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Beliau menggunakan pasport atas nama Kim Chol. – BERNAMA

Tags: Korea Utarapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd