• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Wujudkan Sekolah Sukan Di Kedah – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan Sekolah Sukan Malaysia di Kedah bagi kawasan utara bagi meningkatkan mutu sukan dan merealisasikan agenda pembentukan negara sukan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini terdapat lima sekolah sukan nasional iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Johor; Terengganu; Pahang dan Sabah.

“Bagi kawasan utara, belum ada melainkan sekolah sukan negeri, justeru, kita bercadang mewujudkan sebuah sekolah sukan bertaraf nasional di kawasan utara…dicadangkan di Kedah.

“Cadangan ini bukan bermaksud membina sebuah sekolah baru sebaliknya menaik taraf sekolah sedia ada kepada sekolah sukan bertaraf nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sukan Tenis Negara 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Dr Mehander Singh Nahar Singh.

Menurut Mahdzir, kementerian akan meneliti beberapa aspek dan menilai sekolah yang berpotensi sebelum melaksanakan cadangan itu.

“Kita belum tentukan sekolah mana, kita akan tunggu laporan, bajet, lokasi, kemudian baru tentukan mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, pelaksanaan program Satu Murid Satu Sukan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

“Ia berikutan penilaian pentaksiran berasaskan sekolah yang kini turut mengambil kira aspek kokurikulum dan sukan,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berharap Program Pembangunan Sukan Tenis Negara, yang merupakan jaringan kerjasama antara kementerian, Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), dapat melahirkan lebih ramai atlet mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Program yang dimulakan di Kedah diikuti Melaka pada Jun ini, akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd