• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Jadikan Masjid Tempat Berpecah

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam agar tidak menjadikan masjid sebagai tempat berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat.

Baginda bertitah perbezaan pendapat termasuk yang disebabkan oleh fahaman politik tidak seharusnya dibawa ke masjid kerana kedudukannya sebagai pusat ibadah dan lambang kepada syiar Islam serta penyatuan ummah.

Tengku Abdullah bertitah umat Islam juga harus sentiasa mengimarahkan masjid, seperti saranan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob supaya masjid juga dijadikan sebagai tempat bermesyuarat untuk memajukan umat Islam.

“Dengan seikhlas hati saya berharap semua pihak jangan jadikan masjid sebagai tempat berpecah belah sesama sendiri, tidak kiralah kalau ada unsur-unsur politik.

“Kalau boleh kita bersatu di bawah satu bumbung rumah Allah S.W.T terutama dalam kalangan Melayu,” titah baginda semasa berucap merasmikan Masjid Cengal Lempong, Balok di sini semalam.

Turut hadir, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada majlis itu, selain diadakan bacaan yasin, tahlil dan doa selamat turut diraikan ialah sambutan ulangtahun perkahwinan Tengku Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah yang ke-31.

Dalam titahnya, Tengku Abdullah juga menzahirkan rasa bangga melihat perkembangan dan perjalanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam pengurusan masjid dan surau.

“Cukup menakjubkan terutama dengan terbinanya lebih 600 masjid di negeri ini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku ketua agama Islam sentiasa memberi keutamaan dalam menjayakan agenda berkaitan Islam dan Melayu, tapi pada masa sama, tidak meninggalkan kaum lain,” titah baginda.

Dalam majlis itu, Tengku Abdullah juga berkenan menamakan Masjid Cengal Lampong yang dibina dengan kos hampir RM4 juta kepada Masjid Tengku Abdullah Alhaj sempena nama baginda. – BERNAMA

Tags: masjidTengku Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd