• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

126 Pelajar Malaysia Ditahan Di Mesir Kerana Tiada Visa

oleh
03/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz di A Sharqia, Mesir ditahan polis Mesir pada 27 Feb, berhubung kesalahan visa pelajar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah Mohd Husaini Zainuddin berkata pelajar berusia 10 hingga 22 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki visa belajar yang sah atau tamat tempoh.

“Mereka kemudian dibawa ke Pusat Latihan Pasukan Polis Wilayah A1 Sharqia untuk diambil keterangan dan berada di bawah pengawasan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pada 28 Feb lepas, pihak National Security Service (NSS) Mesir memutuskan 104 daripada mereka akan dihantar pulang dan selebihnya dibebaskan dan kini di bawah pengawasan pihak kedutaan,” katanya.

Seramai 104 pelajar itu akan dihantar pulang ke Malaysia secara berperingkat mulai esok, katanya.

Mohd Husaini berkata urusan penghantaran pulang mereka diuruskan dengan pihak berkuasa Mesir dan ia dijangka dilakukan dalam dua kumpulan, pada 4 dan 5 Mac.

Mohd Husaini berkata pihaknya percaya kegagalan maahad tahfiz itu berdaftar dengan Sektor Sekolah Al Azhar menyebabkan pihak berkuasa Mesir tidak memberi visa kepada kumpulan pelajar berkenaan.

“Pihak kedutaan menekankan kepentingan maahad tahfiz untuk berdaftar secara sah dengan Sektor Sekolah Al Azhar bagi membolehkan pelajar-pelajar MTMA diberikan visa yang sah oleh pihak berkuasa Mesir,” katanya. – BERNAMA

Tags: MesirpelajarVisa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd