• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pegawai Imigresen Ke Tali Gantung, Bunuh PATI

oleh
04/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Dua pegawai Jabatan Imigresen Perlis dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah membunuh seorang tahanan warga Bangladesh pada 2014.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Aminuddin Mohd Yasin, 35, dan Zuhairul Effendey Zulkafli, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kedua-dua tertuduh didapati bersalah membunuh pendatang asing tanpa izin (PATI) Abu Bakar Siddiqe, 45 di pantri pejabat Imigresen, Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini antara 10 malam dan 11 malam pada 29 Oktober 2014 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Abu Bakar dalam keputusannya berkata mahkamah meneliti semua intipati kes pendakwaan dan telah menimbangkan pembelaan secara mendalam.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan tiada keraguan munasabah terhadap kes tersebut yang membawa hukuman mati mandatori, dan segala bukti pembelaan dan kenyataan tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata,” katanya ketika menyampaikan keputusan itu.

Kedua-dua tertuduh pada mulanya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kangar pada 1 Oktober 2015, di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan kemudiannya merayu ke Mahkamah Rayuan, dan mahkamah itu membenarkan rayuan serta memerintahkan kedua-dua tertuduh membela diri atas pertuduhan itu.

Mengikut fakta kes, mangsa yang mengadu sakit gastrik dan meminta ubat daripada pihak Imigresen telah dibawa keluar daripada lokap untuk ke pantri oleh tertuduh dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tertuduh sedang memegang kayu panjang.

Sebaik kembali ke lokap, mangsa memberitahu rakannya di dalam sel bahawa dia sakit kerana telah dipukul oleh anggota Imigresen sambil menunjukkan kesan kecederaan, sedangkan sebelum ke pantri mangsa tidak cedera.

Beberapa hari kemudian kecederaan mangsa semakin parah, lalu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 4 November 2014 dan hasil bedah siasat mengesahkan sebab kematian ialah ‘multiple blunt force trauma due to soft tissues injuries’.

Ketika Abu Bakar menjatuhkan keputusan itu, kedua-dua tertuduh kelihatan tenang, tetapi ahli keluarga dan rakan sekerja kedua-duanya yang turut hadir dilihat menangis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Rahamatullah Baharudeen. – BERNAMA

Tags: Hukuman GantungImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd