• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Intai Kepakaran Teknikal, Vokasional Saudi

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Malaysia mahu mengguna pakai kepakaran Arab Saudi dalam membangunkan bidang teknikal dan vokasional bagi memastikan sekurang-kurangnya sasaran 35 peratus tenaga kerja mahir tempatan menjelang 2020 tercapai.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata ini kerana Arab Saudi kini lebih terdedah kepada aspek pembangunan teknikal dan vokasional di samping memiliki banyak institusi kemahiran berasaskan teknologi tinggi.

“Mereka (Arab Saudi) ada lebih 100 institut latihan industri dan saya fikir kita boleh lihat kepada aspek pertukaran kepakaran, apatah lagi Kerajaan Arab Saudi sendiri ada menawarkan kepada kita kepakaran mereka dalam bidang kemahiran seperti ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi lawatan Menteri Pembangunan Sosial dan Pekerja Arab Saudi Dr Ali bin Nasser AlGhufies di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Dr Mary Wong Lai Lin dan Pengarah ADTEC di sini, Zuraka Yusof.

Dalam pada itu, Ismail berkata ketika ini jumlah tenaga kerja mahir tempatan yang dimiliki Malaysia hanya 28 peratus dan kadar itu masih rendah berbanding negara maju.

Beliau juga berkata Malaysia perlu meningkatkan jumlah bidang berteknologi tinggi yang diceburi memandangkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bidang berteknologi tinggi yang diceburi negara maju.

Kunjungan Ali ke ADTEC bertujuan untuk menjalin kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi dalam memperkasa pembangunan sumber tenaga mahir.

Beliau adalah sebahagian daripada anggota delegasi Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang mengadakan lawatan negara selama empat hari ke Malaysia yang berakhir semalam. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Abd Muttalib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota UMNO Perlu Kembali Kepada Semangat Perjuangan

30/06/2018
0

MARAN - UMNO sukar untuk ditewaskan jika setiap anggotanya mengamalkan prinsip persaudaraan dan kesetiaan seperti semangat perjuangan menentang Malayan Union...

Kesatuan Sekerja Diminta Guna Pakai PLWS

11/04/2018
0

PETALING JAYA - Kesatuan sekerja diminta mengguna pakai Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) untuk meningkatkan pendapatan pekerja yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd