• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Tangani Isu Sistem Tiket Dalam Talian

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung aduan pengguna terhadap perkhidmatan syarikat berkenaan.

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad berkata tiga perkara utama dikenal pasti menjadi permasalahan kepada pelanggan perkhidmatan KTMB termasuk transaksi yang tidak berjaya tetapi dikenakan caj.

“(Kedua adalah) pemulangan wang yang lama (lambat) bagi transaksi yang tidak berjaya dan (ketiga adalah) kesukaran mengakses sistem tiket dalam talian KTMB yang tidak mesra pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak KTMB mencari jalan penyelesaian segera berhubung aduan pengguna mengenai perkhidmatannya.

Dalam catatan di laman Facebook rasmi beliau, Najib berkata antara komen dan maklum balas pengguna adalah mengenai Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan sistem pembelian tiket dalam talian.

Perdana menteri turut meminta SPAD supaya memantau dan melaporkan terus kepada beliau secepat mungkin.

Nawawi berkata KTMB telah menubuhkan unit khas bagi membincangkan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan sistem pembelian tiket dalam talian dipantau secara terperinci.

Menurutnya rekod transaksi tiket dalam talian menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 90 peratus tahun lepas berbanding pada 2015 sehingga beberapa inisiatif diambil untuk memastikan perkhidmatan dalam talian itu terus berfungsi dengan baik.

“Antaranya dengan menambah satu talian internet khas e-tiket secepat mungkin, meningkatkan kapasiti kemudahan akses internet daripada 14mb kepada 30mb bermula Isnin lepas dan menaik taraf sistem infrastruktur dan pangkalan data bagi sistem tiket pada 10 Jan lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Nawawi AhmadKTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd