• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Minta ZALORA Jangan Layan Isterinya Shopping

oleh AK-47
02/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Terkekeh-kekeh ketawa membaca posting yang dimuat naik oleh seorang suami yang tidak tahan melihat tabiat isterinya yang ‘gila’ bershopping di sebuah portal beli-belah online terkenal, ZALORA Malaysia ini.

Mana tidaknya, sang suami dengan selamba siap berpesan pada portal beli-belah online tersebut agar jangan melayan lagi jika isterinya ingin membeli-belah disitu. haha…

Lebih lucu, suami tersebut sempat memberi pelbagai alasan dan idea yang boleh diguna oleh pihak ZALORA supaya isterinya berputus asa dan membuang tabiat supaya tidak bershopping lagi.

” Pura-puralah kata server down ke, computer rosak ke. Pandai-pandailah bagi alasan yer” ujar sang suami meminta simpati kepada pihak ZALORA.

Sampai macam itu sekali taw. Agak-agaknya ini mesti kes duit laki banyak habis gara-gara bini ‘gila shopping’. Haha…

1

 

Dia juga sempat memohon kepada pihak ZALORA agar dapat mengusir terus bininya secara rahsia daripada bershopping disitu.

Betul-betul kes parah ini, sampaikan dia memaklumkan nama isterinya kepada pihak ZALORA.

Susulan posting suami tersebut, berjaya mendapat reaksi daripada pihak ZALORA sendiri hingga mencetuskan tawa pada admin page tersebut. Hihi…

Menurut pihak ZALORA, mereka tidak mampu mengesan pelanggan yang melayari web mereka dan tidak boleh berpura-pura menyatakan server mereka down.

Alahai, apa yang mampu kami katakan, sabarlah bang oii! Huhu..

Yelah, kesian bini abang penat memasak dan menjaga anak-anak. Apa salahnya sesekali abang belanja isteri abang membeli-belah. Berganda-ganda pahala taw!

Kaum wanita sememangnya amat gemar bershopping, tetapi haruslah berpada-pada mengikut kemampuan diri sendiri bak kata pepatah ” ukur baju dibadan sendiri”. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : KAKAK BUNGA

 

Tags: onlineSHOPPING
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menerima 11,077 ahli baharu hanya dalam tempoh empat hari pendaftaran keahlian secara dalam talian (online) dibuka...

5,775 Daftar Ahli UMNO Secara ‘Online’ Dalam Tempoh 2 Hari

5,775 Daftar Ahli UMNO Secara ‘Online’ Dalam Tempoh 2 Hari

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,775 ahli baharu telah mendaftar secara dalam talian (online) dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd