• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Nafi Bas ‘Ampicoach’ Konon Hilang

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebuah bas jenis ‘Amphicoach’ yang dibeli Kerajaan Negeri Terengganu bagi merancakkan industri pelancongan di negeri ini dijangka tiba pertengahan tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata, ini sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan konon ada dua bas jenis itu telah ‘hilang’.

“Adalah dimaklumkan, kelewatan menerima bas itu disebabkan keputusan kerajaan negeri yang mahu Amphicoach itu diterima dengan mematuhi sepenuhnya spesifikasi ditetapkan.

Tuduhan konon dua buah bas berkenaan hilang juga tidak benar memandangkan kerajaan negeri hanya membeli sebuah sahaja bas berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Nawawi berkata satu ujian telah dilakukan terhadap bas dua alam itu sebelum ini dan mendapati ia tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.

“Selepas ujian dilakukan terhadap bas berkenan pasukan jurutera yang terlibat telah berjaya mengesan kegagalan sistem hidraulik bagi penghantaran kuasa kepada ‘Wheel & Water Jets’ yang berpunca dari peningkatan kuasa enjin.

Ekoran itu, kerajaan negeri telah meminta penghantaran kenderaan tersebut ditangguhkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan supaya dapat menerima sesuai dengan terma-terma perjanjian yang telah ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Nawawi berkata kelewatan yang berlaku juga adalah disebabkan masalah transit dan juga masalah persijilan yang turut memakan masa kerana bergantung sepenuhnya dengan keadaan cuaca di Malta.

“Malah, pengujian dan persijilan oleh pihak ketiga di Malta juga sukar dijadualkan dan boleh ditunda pada saat akhir mengikut perubahan cuaca ketika pengujian dalam air dijalankan.

Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak buat sebarang spekulasi tentang bas itu kerana kenderaan tersebut dijangka tiba ke Terengganu pada pertengahan tahun ini jika memenuhi segala spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Hari ini, tiga wakil rakyat pembangkang, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ADUN Bandar, Azan Ismail dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membuat laporan polis agar menyiasat di manakah kedua-dua buah bas yang ditempah oleh kerajaan negeri sejak 2014 itu berada sekarang. – BERNAMA

Tags: Datuk Wan Nawawi Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Terengganu Pastikan Sistem Saliran Lancar Di Kawasan Bah

26/12/2016
0

KEMAMAN - Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil langkah segera dalam memastikan sistem saliran lancar di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd