• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi, Malaysia Tubuh Pusat Keamanan Global

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat keamanan global dikenali sebagai King Salman Centre for International Peace (KSCIP) yang berpangkalan di Malaysia akan diwujudkan oleh kerajaan Malaysia dan Arab Saudi bagi menangani penyebaran dakyah dan ideologi keganasan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pusat itu diwujudkan dengan kerjasama Pusat Ideologi Peperangan (IWC) di bawah Kementerian Pertahanan Arab Saudi dan Institut Pertahanan dan Keselamatan (MiDAS) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

“KSCIP bakal diuruskan secara bersama oleh Universiti Islam Sains Malaysia (USIM), manakala rakan kongsi strategik dari Arab Saudi yang turut terlibat dalam penubuhan KSCIP ialah Rabitah Alam Al-Islami (Liga Muslim Dunia).

“KSCIP ditubuhkan bertujuan mengenal pasti kaedah terbaik bagi membendung penyebaran dakyah dan ideologi keganasan oleh golongan ekstremis dan kumpulan pengganas di seluruh dunia.

“Idea penubuhan KSCIP tercetus hasil perbincangan saya dan Timbalan Putera Mahkota Muhammad Salman yang bersependapat bahawa usaha membendung permasalahan ini tidak seharusnya terbatas kepada penguatkuasaan undang-undang dan operasi ketenteraan semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan input dan hasil kajian akademik yang menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau tekah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan MiDAS untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi tujuan tersebut.

Jelas beliau, penubuhan Jawatankuasa Khas itu akan dibantu oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

“Segala bentuk kerjasama itu hanyalah sebahagian daripada pelbagai lagi bentuk kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Arab Saudi yang dilaksanakan demi keamanan negara dan dunia,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd